Sabtu, 1 November 2014

PERIBAHASA

1.1       TAKRIF PERIBAHASA
            Pada masa sekarang, aspek Peribahasa semakin kurang dititikberatkan walaupun peribahasa merupakan elemen penting dalam kriteria berbahasa. Peribahasa merupakan bahasa klise dan milik sastera lama, tidak memahami peribahasa dengan baik, peribahasa mempunyai banyak makna tersirat, jumlah peribahasa yang banyak dan mempunyai makna tersirat, dan beberapa sebab yang lain.
            Keris Mas mendefinisikan Peribahasa sebagai percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian, yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran.
            Ishak Ramly pula menyatakan Peribahasa adalah cabang dalam sastera Melayu dan merupakan ikatan bahasa atau puisi Melayu kuno yang bernilai sastera.
            Zainal Abidin Ahmad menjelaskan peribahasa sebagai segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakainya sebutansebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran.
            Peribahasa adalah salah satu elemen penting dalam kemahiran berbahasa. Memahami peribahasa akan membawa pengkajinya mengenali sosiobudaya masyarakat melayu lama. Hal ini demikian kerana peribahasa dalam masyarakat melayu tradisional merupakan percakapan atau ujaran yang mereka gunakan untuk menyampaikan kebijaksanaan fikiran mereka kepada generasi muda. Sehubungan dengan itu, mengikut Abdullah Hussin(1989) peribahasa itu sama tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mula mengenal peradaban.

2.0       FUNGSI PERIBAHASA DALAM KESINAMBUNGAN WARISAN BAHASA
            Peribahasa ialah merupakan satu kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata yang mampu menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu. Ini menyebabkan ia mempunyai banyak peranan dalam kehidupan masyarkat.
            Peribahasa memainkan peranan dalam suatu komunikasi. Menurut Asmah Haji Omar (1986: 178), dalam kehidupan Melayu, misalnya dalam kehidupan tertentu, memang disengajakan supaya maksud dalam sesuatu komunikasi itu disampaikan secara langsung, …Penyampaian maksud secara langsung itu merupakan sesuatu yang di luar kebiasaan, bahkan dipandang sebagai perbuatan yang biadap. Oleh sebab itu tidak hairanlah jika kita dapati bahasa Melayu itu kaya sekali dengan bahasa kiasan, bahasa sindiran, pepatah, petitih dan sebagainya.
2.1       Sebagai Komunikasi Formal dan Tidak Formal
            Antara fungsi peribahasa ialah sebagai alat komunikasi sama ada secara formal iaitu digunakan dalam adat istiadat tertentu atau digunakan secara tidak formal iaitu terutamanya di gunakan untuk menyindir, menegur atau mengkritik seseorang. Menguasai kemahiran komunikasi akan menjadikan seseorang itu lebih mudah mendapat kawan dan diterima dalam sesuatu masyarakat. Tentu ada alasannya mengapa kita perlu memahami dan menguasai tentang kepentingan hubungan insan. Aggaplah hubungan yang baik dengan orang lain sebagai satu perkara penting dalam kehidupan kita.Walau bagaimanapun, untuk menjalin hubungan baik dengan orang lain, kita perlu memiliki kemahiran komunikasi yang cukup berkesan. Selain daripada itu, kita juga perlu memahami beberapa prinsip asas psikologi yang dapat memberikan panduan bagi menjalin hubungan yang baik dengan orang lain.Contohnya dapat dilihat melalui peribahasa “Biar mati anak, jangan mati adat” yang bermaksud kita hendaklah mendisiplinkan diri supaya mematuhi keputusan yang telah kita buat. Selain itu peribahasa “Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak” merupakan peribahasa yang menyindir orang yang suka menjaga tepi kain orang lain. Biasanya yang nampak hanyalah kesalahan orang lain, walaupun kecil, tetapi kalau kesalahan sendiri sebesar mana pun tidak disedarinya.

2.2       Sebagai Alat Pendidikan
            Peribahasa turut berfungsi sebagai alat pendidikan. Dengan menggunakan peribahasa, sesuatu ilmu dan pengajaran dapat di sampaikan secara langsung kepada masyarakat kerana sifatnya yang flaksibel dan dapat digunakan dalam pelbagai keadaan. Contohnya peribahasa “Bagai Kacang Lupakan Kulit” yang membawa maksud orang yang telah mencapai kesenangan tidak lagi mengingat asal usulnya dahulu. Peribahasa ini mengajar kita supaya kita sentiasa mengingat asal usul kita sebelum meraih kejayaan dan tidak bersikap sombong kepada orang. Cerita-cerita Melayu seperti Malin Kundang dan Si Tanggang sering dikaitkan dengan peribahasa “Kacang Lupakan Kulit”. Sejajar dengan itu, kandungan pemikiran ini diungkapkan dalam peribahasa Melayu sebagai pengajaran dan teladan untuk bangsa Melayu memperoleh keimanan dan memotivasikan amal.
i. Seperti belut pulang ke lumpur
  Peribahasa ini mengingatkan kita agar tidak lupa asal usul dari kampung contohnya walaupun telah lama menetap di bandar dan merasai pelbagai kemewahan.

ii. Seperti enau di dalam belukar
    Masyarakat kita adalah masyarakat berilmu dan berbudi bahasa. Namun sekiranya seseorang yang   telah menikmati kejayaan dan kekayaan tetapi mementingkan diri sendiri dan tidak membantu orang lain yang memerlukan akan diibaratkan seperti enau di dalam belukar.

 iii.Besar di bawah pisang goyangan, besar di bawah tebu berlengkar
 Sekiranya seseorang itu diberikan pendidikan yang sederhana, pasti ia tidak memperoleh banyak pengalaman. Oleh yang demikian, bangsa Melayu menyarankan pendidikan diberikan sejak kecil seperti yang diungkapkan dalam makna peribahasa Masa lagi rebunglah hendaklah dilentur, jangan nantikan sampai menjadi aur supaya seseorang itu dapat melakukan sesuatu pekerjaan berpandukan ilmu yang telah dipelajari dan mendedahkan masyarakat dengan pelbagai pengalaman hidup. Bangsa Melayu adalah sangat kreatif untuk mencipta peribahasa dengan merujuk kepada sesuatu objek yang wujud dalam alam sekeliling mereka sekali gus menghargai nilai budaya masyarakat tempatan.

2.3       Nasihat dan Teguran
            Seringkali apabila seseorang menyelit peribahasa dalam perbualannya secara tidak langsung turut mengundang rasa yang pelbagai sama ada lucu, tidak percaya atau kagum sehingga menimbulkan rasa aneh dalam kalangan pendengar.  Dalam hal ini, peribahasa juga berperanan sebagai pembebas tanggungjawab perseorangan terhadap sesuatu kekuasaan. Mengikut Alan Dundes (1989) menyatakan maksud kata-kata ini ialah jika hendak mengkritik, terutamanya ingin menunjukkan kesalahan atau mencela oseseorang dengan peribahasa, individu sasaran akan lebih mudah menerima teguran tersebut daripada dikritik atau dicela secara langsung. Simpulan bahasa merupakan kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan benda lain. Bentuknya terdiri daripada dua atau tiga patah perkataan. Contohnya, “ayam tambatan”, “buah hati”.
            Bahasa Kiasan juga selalu digunakan sebagai sindiran dan mempunyai bahasa yang tersirat. Peribahasa jenis kiasan lazimnya digunakan untuk membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya. Contohnya dalam memberi teguran atau nasihat, masyarakat selalu menggunakan Kiasan Berangkap iaitu kiasan yang menunjukkan perbandingan secara berirama atau mempunyai erentanan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan benda yang dikiaskan.
Contoh                 :
i.          Sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa.
ii.         Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata
iii.        banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

2.4       Menyampaikan Kebijaksanaan
            Peribahasa juga berfungsi sebagai media yang mempamirkan kebijaksanaan penutur atau pewaris (juga melambangkan kebijaksanaan masyarkat khalayak). Pewaris yang terhad menyebabkan mereka dianggap sebagai golongan yang eksklusif dan istemewa. Semakin banyak mereka mewarisi puisi ini semakin tinggi sanjungan masyarkat khalayak terhadap mereka. Contohnya golongan tua banyak mengetahui dan menghafal pelbagai peribahasa sehinggakan ada diantara mereka yang dilantik sebagai ketua adat atau ketua lembaga. Ini menyebabkan mereka di pandang tinggi dalam masyarkat. Oleh itu penguasan puisi ini sekali gus dapat menunjukan ketinggian status seseorang dalam masyarkatnya.
            Selain itu peribahasa juga digunakan untuk mengambarkan sesuatu keadaan. Peribahasa digunakan untuk menggambarkan sesuatu keadaan yang sukar untuk di jelaskan kepada seseorang. Dengan adanya peribahasa ini, sesuatu keadaan ini dapat di sampaikan dengan mudah dan ringkas. Contohnya peribahasa seperti “Kaki ayam” yang menggambarkan seseorang yang tidak menggunakan kasut atau alas kaki dan peribahasa “Puteri lilin” menunjukan individu yang tidak tahan lama berada di bawah pancaran matahari.

3.0       TIGA KEPENTINGAN PERIBAHASA DALAM TEMA BUDI BAHASA

3.1       Berjimat-cermat
Masyarakat yang suka berjimat cermat adalah masyarakat yang berbudi bahasa. Masyarakat pada masa sekarang amat mementingkan kerjaya untuk mengukuhkan ekonomi dan merancang masa depan yang cerah. Kepekaan masyarakat terhadap kegiatan ekonomi banyak dicerminkan melalui peribahasa. Ekonomi yang berkaitan dengan pendapatan, hasil usaha, kerja kuat dan berjimat cermat terungkap dalam pelbagai peribahasa yang menekankan kepentingan ekonomi tersebut. Umumnya kita mengetahui amalan berjimat cermat di kalangan masyarakat di negara kita masih lagi rendah dan perlu dipertingkatkan. Amalan berjimat cermat banyak kebaikannya. Jika amalan berjimat cermat tidak terus dipupuk, dikhuatiri sikap boros akan menjadi budaya hidup masyarakat di negara kita. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap yang bertentangan dikecam, seperti dalam contoh berikut:

i. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak
Maksud  :  Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap.

ii. Biar titik, jangan tumpah
Maksud  : Biar rugi sedikit jangan rugi banyak.

iii. Batu yang selalu bergoek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut
Maksud : Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar untuk mendapat kemajuan.

iv. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
Maksud : Selalu berhati-hati dalam membelanjakan/menggunakan sesuatu.

Jelas di sini, masyarakat yang menggunakan peribahasa untuk menggalakkan sikap berjimat cermat adalah terdiri daripada masyarakat yang berbudi bahasa kerana mereka menegur serta menasihat orang lain dengan cara yang baik dan halus.

3.2       Berbudi bahasa
            Kehidupan masyarakat Melayu tradisional memang kaya dengan budi bicara dan adat tradisi. Sesuatu budi yang telah diberikan secara jujur seperti melepaskan kesukaran orang lain, bantuan dan kasih sayang dalam hidup berkeluarga dan berjiran akan senantiasa dikenang dari hidup hingga ke akhir hayat. Masyarakat kita amat terkenal dengan sikap suka membantu, saling menyayangi dan mudah melepaskan rasa simpati. Setiap manusia amat mengharapkan suasana kehidupan yang penuh ketenangan dan kedamaian yang bersulamkan kasih dan sayang. Oleh kerana dugaan dan cabaran seseorang itu berbeza, maka cara kehidupan seseorang juga tidak sama kerana keperluan dan kemahuan kita tidak serupa. Justeru amat perlu kita memahami dan mengerti, hakikat perbezaan ini, agar mudah untuk kita menerima orang lain seadanya. Berkasih sayang sesama manusia tiada salahnya, yang penting batasnya ada, sempadannya usah dilupa.
            Apabila perkataan budi dan bahasa digabungkan biasanya ia menjadi berbudi bahasa bukan berbudi dan berbahasa. Berbudi bahasa memperkukuhkan lagi pengertian budi dan bahasa sebagai percakapan yang baik, teliti dan elok dalam tutur kata, halus tutur kata, hormat, bijaksana, tinggi budi bicara, pemurah, belas kasihan, beradab, bersopan santun, sentiasa bertatatertib, mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia, tingkah laku yang baik dan akhlak yang mulia. Berbudi bahasa juga diertikan dengan berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi. Hal ini menjadikan budi itu amat luas bidangnya. Ia termasuk berbudi dengan harta, membantu dengan tulang empat kerat, memberi nasihat, memberi buah fikiran yang baik dan bernas, memberi tunjuk ajar kepada seseorang, bermanis muka, bersimpati dan menggunakan bahasa yang baik yang menyenangkan orang lain atau pendengar.
            Disebabkan luasnya bidang budi ini, semua orang boleh berbudi atau berjasa dan berbakti kepada masyarakatnya mengikut kemampuan masing-masing. Jika seseorang itu tidak mempunyai wang dan harta, dia boleh melakukannya dengan tenaga, buah fikiran, dan nasihat yang disampaikan.
Lantaran, timbul peribahasa

i.          Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati
            Maksudnya, jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika                          budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati.

ii.         Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa
            Maksudnya, berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat.

iii.        Ada ubi ada batas, ada budi ada balas
           Maksudnya, sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang             baik            juga.

           Budi berkait erat dengan jasa. Budi dan jasa lengkap melengkapi antara satu sama lain. Budi adalah jasa dan jasa adalah budi. Tidak mungkin seseorang dapat dianggap membuat jasa jika dia tidak berbudi. Setiap anggota masyarakat ingin membuat jasa yang termampu olehnya kerana jasa serta namanya akan sentiasa dikenang walaupun setelah dia meninggal dunia.
i.          Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga
            Maksudnya, budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.
ii.         Harimau mati tinggal belangnya
            Gajah mati tinggal tulangnya
            Manusia mati tinggalkan nama.
            Maksudnya, seseorang yang telah meninggal dunia tetapi kelakuannya masih diingati.

3.3       Amalan Hormat- Menghormati
            Dalam menuntut ilmu, sikap hormat menghormati adalah sesuatu yang sangat dituntut. Kita bukan sahaja wajib hormat kepada ibu-bapa,guru-guru malah kepada rakan-rakan sekolah. Saling hormat-menghormati bermaksud kita bukan sahaja mengharapkan orang lain menghormati kita, tetapi dalam masa yang sama kita perlu menghormati orang lain. Kita perlu hormat pendapat orang lain walaupun pendapat itu tidak sama dengan kita. Apabila kita saling hormat-menghormati, kita akan menjadi seronok untuk belajar. Pelajaran mudah masuk ke dalam minda kita. Kita tidak berasa takut apabila berada di sekolah. Penggunaan peribahasa untuk menyemai sikap menghormati juga boleh disampaikan melalui pengajaran dan pembelajaran formal atau tidak formal. Masyarakat Melayu yang terkenal dengan sikap hormat-menghormati banyak digambarkan menerusi peribahasa. Amalan menghormati orang yang lebih tua, orang miskin, guru-guru dan sebagainya telah dibentuk sejak kecil lagi.
            Peribahasa Melayu banyak menggambarkan sikap hormat-menghormati yang perlu ada pada setiap orang. Orang yang tidak menghormati orang lain akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Manakala orang yang suka menghormati orang lain akan dipandang tinggi walaupun orang itu seorang yang miskin dan tidak sempurna. Peribahasa Melayu sangat penting untuk memastikan masyarakat tidak lupa untuk mengamalkan sikap hormat-menghormati. Peribahasa tersebut adalah seperti,
i.  Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat hanya akan diperolehi melalui perbincangan. oleh itu kita haruslah                                    menghormati keputusan orang lain.

ii. Sampah jangan ditendang disepak 
Maksud : Jangan sekali menghina orang yang miskin kerana orang yang miskin itu mungkin lebih                       berakhlak daripada orang yang menghinanya.

4.0       KESIMPULAN
            Peribahasa masyarakat Melayu tidak boleh dipisahkan. Keunikan penggunaan peribahasa dalam pertuturan dan kehidupan seharian akan menanamkan semangat cintakan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Kekerapan penggunaan peribahasa juga akan menyebabkan ia tidak akan pupus walaupun zaman beredar. Guru sekolah pula perlu menjadi ejen pendidikan berkesan dalam memastikan sistem pembelajaran bahasa Melayu khususnya peribahasa berfungsi dalam pembentukan jati diri pelajar. Penggunaan peribahasa dalam karangan bertujuan untuk memperindah bahasa dan untuk menimbulkan daya tarikan atau kesan-kesan lain. Karangan dan pertuturan akan lebih menarik jika peribahasa adalah unsur gaya dalam pertuturan dan penulisan. Untuk menggunakan peribahasa dengan baik, seseorang hendaklah betul-betul memahami peribahasa itu dan mengetahui tempat dan ketikanya peribahasa itu diperlukan. Kesimpulannya, peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu sangat bergantung pada daya kreativiti seseorang guru. Seseorang guru yang kreatif melihat peribahasa sebagai salah satu bahan pengajaran yang banyak mempunyai unsur-unsur pengajaran, kemasyarakatan,kemahiran berfikir dan sebagainya.






Rabu, 29 Mei 2013

Acara dan Majlis SKPB

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang & Penyerahan Anak Angkat Tahun 6
 


Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2013 bersama YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan YB Datuk Ghulam






Majlis Perpisahan Ustaz Mohd Yahdee dan Ustazah Napisah 2013




Majlis Tandatangan Pentaksiran KSSR SK Pengalat Besar 2012





Senamrobik Serentak Peringkat Kebangsaan bagi Program 1M1S 2012





Anugerah 5A UPSR 2013 Adik Nabilah Safwah Adanan



Selasa, 7 Mei 2013

Diari SK Pengalat Besar, sekolahku


Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang & Penyerahan Anak Angkat Tahun 6
  


Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2013 bersama YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan YB Datuk Ghulam






Majlis Perpisahan Ustaz Mohd Yahdee dan Ustazah Napisah 2013




Majlis Tandatangan Pentaksiran KSSR SK Pengalat Besar 2012





Senamrobik Serentak Peringkat Kebangsaan bagi Program 1M1S 2012





Anugerah 5A UPSR 2013 Adik Nabilah Safwah Adanan



Jumaat, 3 Mei 2013

SEJARAH PERKEMBANGAN PEMBUATAN MAKANAN TRADISIONAL SUKU KAUM KADAZAN DUSUN DI KAMPUNG PAPAGA DAMBAI, PAPAR, SABAH.


PENGENALAN
            Negeri Sabah merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai budaya ini kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai suku kaum seperti suku  kaum Bajau, Brunei, Kadazan Dusun dan lain-lain lagi. Suku kaum Kadazandusun merupakan salah satu suku kaum yang mempunyai bilangan yang besar dalam negeri Sabah. Tema bagi kajian saya ini adalah berkaitan dengan sejarah seni dan kebudayaan, saya ingin mengetahui beberapa jenis tradisional bagi suku kaum kadazandusun di Kampung Papaga Dambai, Papar dan hubungkait makanan tersebut dengan amalan mereka. Suku kaum ini mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional seperti nonsum, bosou atau tuhau, sup manuk lihing, pinasakan, hinava, ambuyat dan banyak lagi.
            Antara faktor yang menyebabkan saya ingin mengetahui tentang makanan tradsional bagi suku kaum kadazandusun ini dan kaitan makanan tersebut dengan amalan mereka kerana suku kaum ini mempunyai pelbagai jenis makanan yang unik seperti nomsum atau bosou, dan makanan ini sukar ditemui sama ada di pasar mahupun tempat-tempat peniagaan yang lain dan ini merupakan sebab utama mengapa saya ingin mengetahui tentang makanan tradisional mereka. Dan bagi mengetahui hubungkait makanan tradisional dengan amalan mereka saya telah menggunakan kedah borang soal selidik bagi memperolehi maklumat yang menepati kehendak soalan.
            Suku kaum kadazandusun ini merupakan suku kaum yang berasal daripada rumpun Mongol ( Mongoloid Stock), yang mempunyai saiz tubuh badan yang pendek dan kecil serta mempunyai warna kulit seperti warna kuning langsat (Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999:683), Warisan Budaya Sabah). Sehubungan dengan itu, perkataan ‘Dusun’ merupakan nama bagi seorang ketua pemimpin kumpulan orang-orang Cina iaitu Lo Sun (warisan Budaya Sabah,42), namun istilah ‘orang Dusun’ telah digantikan dengan istilah ‘orang Kadazan’ atas faktor-faktor yang tertentu.
            Selain itu, suku kaum kadazandusun juga mempercayai bahawa keturunan mereka ini bermula dari satu tempat yang bernama Nunuk Ragang iaitu Pohon Ara berwarna Merah. Tempat tersebut terletak di Tampias iaitu kawasan Hulu Labuk yang terletak di Ranau pada masa kini. Selain itu, pokok ara ini juga dikatakan mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti mempunyai saiz yang agak besar iaitu berukuran enam depa lingkungan tangan pemeluk dan daun-daun pokok tersebut dapat merimbuni pondok-pondok mereka yang berukuran 240 kaki persegi. Dan disebabkan penduduk bagi suku kaum ini semakin meningkat para pahlawan suku kaum ini diarahkan supaya mencari petempatan yang baru bagi mereka. Oleh itu, suku kaum ini telah berpecah dan menetap di tempat yang baru serta menjadikan sesuatu tempat sebagai perkampungan mereka seperti yang ada pada masa kini.
            Sehubungan itu, suku kaum kadazandusun ini juga merupakan antara suku kaum yang masih mengamalkan amalan tradisi mereka. Sebagai contoh, mereka ini masih mengamalkan aktiviti-aktiviti seperti pertanian, penternakan dan memungut hasil hutan.pada masa kini, aktiviti pertanian masih lagi diamalkan oleh suku kaum ini dan dapat dibuktikan apabila ramai peniaga hasil tanaman berasal dari suku kaum kadazandusun. Selain itu, suku kaum ini juga masih lagi menjalankan aktiviti-aktiviti memungut hasil hutan seperti mencari herba-herba yang boleh di makan serta dijadikan sebagai ubat-ubatan.
 DAPATAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini saya telah mengemukakan dua objektif kajian dimana objektif tersebut perlu terjawab ketika melakukan penulisan hasil kajian.
1.      Sejarah perkembangan pembuatan makanan tradisi masyarakat Kadazan Dusun di Kampung Papaga, Dambai, Papar, Sabah pada tahun 1990-2013.
2.      Hubung kait penyediaan makanan tradisi masyarakat Kadazan Dusun di Kampung Papaga, Dambai, Papar, Sabah dengan amalan yang sering mereka lakukan.

PERMASALAHAN KAJIAN
1.      Sejarah perkembangan pembuatan makanan tradisi masyarakat Kadazan Dusun di Kampung Papaga, Dambai, Papar, Sabah pada tahun 1990-2013.
2.      Hubung kait penyediaan makanan tradisi masyarakat Kadazan Dusun di Kampung Papaga, Dambai, Papar, Sabah dengan amalan yang sering mereka lakukan.


SKOP KAJIAN
Saya telah memilih kawasan Kampung Papaga Dambai Papar, Sabah sebagai kawasan kajian untuk mengetahui tentang beberapa jenis makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan Dusun dan hubung kait pembuatan makanan tersebut dengan amalan mereka pada tahun 1990-2013.
KAEDAH KAJIAN
Dalam melakukan kajian ini saya telah menggunakan 3 kaedah kajian untuk mengumpul maklumat tentang makanan tradisional suku kaum Kadazan Dusun dan hubungkait pembuatan makanan tersebut dengan amalan mereka, kaedah-kaedah tersebut ialah:
1.      Kajian Internet: rujukan yang dibuat dengan mencari sumber-sumber maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian daripada internet. Kaedah tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan jenis-jenis makanan tradisional dan hubungkait dengan amalan bagi suku kaum Kadazan Dusun.
2.      Kajian perpustakaan: penulisan yang bertujuan untuk mengulas isi ilmu termasuklah penemuan kajian juga secara teori dan kaedah sumbangan mengenai sesuatu topik. Melalui kaedah ini  maklumat mengenai makanan tradisional dan cara-cara untuk membuat makanan tersebut dapat diperolehi.
3.      Soal selidik: soal selidik ini di penuhi dengan soalan-soalan yang berkaitan tentang beberapa jenis makanan tradisional dan hubung kait makanan tersebut dengan amalan mereka, borang ini lebih memudahkan pengkaji untuk mendapatkan pendapat serta jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan kepada responden.
ASAL USUL SUKU KAUM KADAZANDUSUN
            Pelbagai teori yang telah dikemukakan tentang asal usul suku kaum Kadazan Dusun ini, dikatakan suku kaum ini berasal daripada rumpun Mongol dan sejak 250,000 tahun dahulu, kepulauan Borneo ini telah didiami oleh penduduk yang berketurunan Mongol dari selatan China (Timur Himalaya). Disebabkan penduduk keterunan Mongol ini semakin bertambah hal ini telah menyebabkan terbentuknya komoniti kadazandusun yang mempunyai perbezaan dari segi suku, bahasa dan dialek di negeri ini. “It has been said that the kadazandusun are of Mongoloid Stock that once came from Mongolia. During one of the migratory waves they moved southwards towards the Sundas, traceable only today to include the Philippines and Indonesian Archipelagos, Borneo Island and Penisular Malaysia with South China sea enblocked within the present Sunda Shelf.” (Benedict Topin(1981:11)).
            Sehubungan itu, dikatakan juga bahawa pada tahun 150,000 tahun dahulu nenek moyang suku kaum dusun ini telah berhijrah dari China ke selatan Vietnam, dari Vietnam ke Filipina, dan dariFilipina ke Borneo. Suku kaum ini telah mengamalkan aktiviti bertani dan berburu sejak dulu lagi sebagai sumber makanan mereka. Dan teori ini telah disokong oleh Whelan dengan mengemukakan ciri penuturan suku kaum kadazandusun. The native peoples oh Sabah speak languages which belong to the Malayo-Polynesian group of tongues which spreads over Borneo, Indonesia, Malaya, and Pacific Island. The latest group is that of the Dusun or Kadazan.(Whelan (1970:25), Asal Usul Orang Kadazan).
            Selain itu, ada juga pihak yang telah mengatakan bahawa rumpun Austronesia ini telah menetap di Borneo sejak 5,000 S.M lagi, dan mereka merupakan nenek moyang kepada suku kaum kadazandusun yang ada hingga tahun  2013. Namun begitu ada juga sesetengah ahli sejarah yang mengatakan bahawa nenek monyang bagi suku kaum kadazandusun ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Cina. Kebanyakan juga sejarawan beranggapan bahawa memang Borneo mempunyai hubungan dengan Tanah Besar Cina sejak wujudnya Dinasti Han (206 S.M-220 T.M), setelah merujuk topik tentang “ Chinese in Sabah – A Historical Sketch”

ADAT DAN AMALAN SUKU KAUM KADAZANDUSUN
Selain itu, juga dikatakan bahawa suku kaum kadazandusun ini merupakan sebuah kaum yang masih lagi berpegang kepada adat dan kebudayaan mereka seperti tarian ‘Sumazau’ dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga masih berpegang kepada mitos yang telah disampaikan kepada mereka biarpun perkara tersebut sudah terlalu lama. Sebagai bukti, suku kaum Kadazandusun di Tambunan masih lagi mengamalkan adat dan kebudayaan mereka, dan suku kaum kadazandusun di Tambunan merupakan sebuah suku kaum yang masih kekal serta masih mengamalkan adat dan kebudayaan mereka. Ini kerana, adat dan kebudayaan mereka ini diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain sebagai satu warisan yang perlu dikekalkan. (Tambunan(28), Adat dan Kebudayaan Kadazan di Tambunan).
SUMBER MAKANAN SUKU KAUM KADAZANDUSUN    
Sehubungan dengan itu, bagi memperolehi sumber makanan untuk terus hidup, suku kaum kadazandusun ini mengamalkan dan melakukan aktiviti seperti bercucuk tanam, penternakan dan memungut hasil hutan. Setahu kita, bahawa suku kaum kadazandusun ini melakukan aktiviti pertanian seperti menanam sayur-sayuran, buah-buahan dan padi. Sehubungan dengan itu, dapat dilihat juga cara-cara nenek mereka yang terdahulu mengerjakan sawah yang terikat dengan tradisi mereka iaitu dengan menggunakan kerbau, bajak dan cangkul. Namun begitu, terdapat segelintir sahaja yang masih menggunakan kaedah tersebut pada masa kini, ini kerana pada masa ini pelbagai bentuk jentera untuk membajak sawah telah dibuat dan lebih memudahkan serta menjimatkan masa. Padi merupakan salah satu sumber yang amat penting bagi semua masyarakat dan amat penting juga bagi suku kaum kadazandusun. Ini kerana, melalui padi tersebut banyak jenis makanan yang dapat dihasilkan serta minuman seperti tapai juga dapat dihasilkan melalui padi tersebut. Tapai ini merupakan sejenis minuman yang utama bagi suku kaum kadazandusun dan mereka mempunyai amalan minum tapai, minuman ini dibuat daripada beras dan suku kaum kadazandusun merpercayai bahawa minuman ini akan sentiasa memberikan kegembiraan kepada mereka. Selain itu, minuman ini juga akan dihidangkan dalam setiap majlis dan menghidangkan tapai merupakan amalan yang wajib dalam sesebuah majlis seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Oleh itu, bagi mensyukuri nikmat tersebut suku kaum kadazandusun akan merayakan perayaan menuai padi setiap tahun bagi mensyukuri nikmat yang telah di perolehi oleh mereka.
            Selain bercucuk tanam, suku kaum Kadazan Dusun juga sering memburu binatang dan mengambil buah-buahan yang terdapat di dalam hutan sebagai sumber makanan mereka. Ketika memburu suku kaum ini akan membawa sejenis senjata tradisional mereka iaitu ‘sumpitan’ dan sumpitan merupakan senjata yang amat penting ketika memburu binatang pada masa itu.  Namun selain sumpitan, suku kaum ini juga akan menyediakan tali dan jerat untuk menangkap binatang buruan yang mereka kehendaki. Sehubungan itu, mereka juga akan menyediakan bakul yang dikenali sebagai “barait”, “basong”, dan “waked”. Bakul-bakul tersebut akan digunakan untuk memuatkan binatang-binatang buruan dan buah-buahan yang  mereka perolehi. (Tambunan(28), Adat dan Kebudyaan Kadazan di Tambunan).

PANTANG LARANG SUKU KAUM KADAZANDUSUN
Suku kaum ini juga masih lagi berpegang kepada pantang larang. Dikatakan juga bahawa orang yang tinggal berhampiran dengan rumah si mati tidak boleh keluar untuk melakukan sebarang kerja selama sehari seperti bercucuk tanam, ini merupakan pantang bagi suku kaum ini. Sebagai contoh, seandainya seseorang menanam padi ketika jirannya telah meninggal dunia, maka padi yang telah ditanamnya itu dipercayai akan mati juga. Selain itu, seorang dari suku kaum kadazandusun akan terpaksa meninggalkan kerja mereka begitu sahaja, seandainya mereka melihat binatang seperti ular melintasi jalan. Ini kerana, benda tersebut dianggap akan membawa celaka kepada mereka pada hari tersebut. Dan seandainya seseorang yang bermimpi tentang perkara yang berbahaya, maka kerja yang hendak dilakukan pada keesokan harinya juga terpaksa dibatalkan. Oleh itu, seseorang itu tidak dapat mencari sumber makanan mereka pada hari tersebut kerana takut akan berlaku sesuatu yang boleh memudaratkan diri mereka.
MAKANAN TRADISIONAL SUKU KAUM KADAZANDUSUN
            Suku kaum ini merupakan antara suku kaum yang mempunyai pelbagai jenis makanan yang unik dan antaranya ialah pinasakan, ambuyat, hinava, tuhau, noonsum atau bosou dan sup manuk lihing. Sehingga hari ini makanan tradisional suku kaum kadazandusun ini masih lagi diamalkan oleh suku kaum mereka bahkan telah berkembang dengan maju iaitu dipelbagaikan lagi jenis hidangan bagi memenuhi cita rasa masyarakat pada masa ini. Sungguhpun begitu, suku kaum Kadazan Dusun tidak meninggalkan dan melupakan makanan dan resepi-resepi makanan tradisional mereka begitu saja. Sehubungan itu, tidak semua makanan tersebut mempunya kaitan kepada amalan mereka. Ini kerana, daripada hasil analisis soal selidik yang telah saya edarkan, kesemua responden memberi jawapan bahawa sup manuk lihing antara makanan yang mempunyai kebaikan dan khasiat tersendiri kerana sup ini akan dihidangkan kepada ibu yang baru lepas bersalin kerana sup ini akan memulihkan keadaan si ibu yang baru sahaja bersalin. Manakala makanan yang lain hanya dimakan seperti biasa sahaja, tetapi makanan-makanan ini juga mempunyai khasiat masing-masing.  Ini kerana makanan tradisional mereka ini tidak dicampurkan dengan bahan-bahan kimia seperti makanan yang ada pada masa kini. Oleh itu, melalui makanan tersebut suku kaum ini mempunyai bentuk badan yang sihat serta cergas ketika melakukan sebarang kerja, kerana mereka kerap memakan  makanan yang baik dan memberikan kesan yang posotif kepada badan mereka. Selain itu, dikatakan juga bahawa kebanyakkan suku kaum kadazandusun akan menjeruk dan merebus makanan mereka. (Daily Express, 01 September 1996). Dengan cara tersebut mereka dapat menyimpan makanan mereka dalam tempoh masa yang lama.
PINASAKAN


http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=en&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=pinaasakan&oq=
            Pinasakan merupakan antara makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan Dusun dan melalui soal selidik, saya dapati bahawa makanan ini menjadi makanan yang digemari oleh kaum wanita. Pinasakan adalah makanan yang dibuat daripada ikan yang di masak dengan ‘takob akob’ iaitu sejenis buah-buahan yang masam, garam, kunyit dan buah bambangan yang telah dipotong dan untuk menyediakan pinasakan bambangan merupakan bahan yang paling wajib. Sehubungan itu, makananan ini senang untuk disediakan dan bagus jika dimakan bersama dengan nasi atau ambuyat dan dengan sedikit sambal. Selain itu, makanan ini juga telah menjadi terkenal dan telah dihidangkan di beberapa restoran antaranya ialah Restoran Nabalu, Gaya Streat, Kota Kinabalu, Sabah. (http://nabaluvi.blogspot.com)
HINAVA
http://www.google.com.my/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&q=Hinava&btnG=Search+by+image&biw=1024&bih=466&sei=tMFmUeG1D43yrQe77YG4BQ
            Hinava merupakan makan tradisional yang telah terkenal di Sabah, yang telah dikenalkan oleh suku kaum kaum kadazandusun sendiri dan melalui soal selidik yang telah saya edarkan kesemua responden mengatakan bahawa makanan ini telah menjadi makanan kegemaran bagi suku kaum mereka. Hinava ini dibuat daripada ikan yang segar iaitu ikan mentah seperti ikan tenggiri ( sejenis ikan kembung), yang dihiris dan dipotong berbentuk dadu, ikan tersebut akan di campur dengan beberapa jenis ramuan seperti lada, halia, bawang merah, biji buah bambangan yang di parut, garam dan sedikit jus limau. Hinava boleh di makan bersama-sama dengan nasi. Tetapi pada masa ini, makanan ini telah di jadikan sebagai satu hidangan yang istimewa di hotel-hotel untuk menyambut sesuatu peristiwa atau majlis. Sehubungan itu, makanan ini telah dipelbagaikan jenis hidangan mengikut cita rasa masyarakat masa ini. Selain itu, makanan ini juga bolehh didapati di Restoran Nabalu, Gaya Streat, Kota Kinabalu, Sabah  (http://nabaluvi.blogspot.com). Namun begitu, keaslian makanan ini tetap dipelihara oleh suku kaum kadazandusun agar rasa hinava yang sebenar tidak dilupakan.
TUHAU
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=tuhau&btnG=
            Tuhau merupakan sejenis makanan tradisional yang mempunyai bau yang kebanyakan orang tidak suka ini kerana tuhau ini mempunyai bau yang menjengkelkan. Namau begitu, kita boleh temui makanan ini di Tambunan, Keningau dan Ranau, tetapi pada masa kini, kita boleh mendapat makanan ini di pasaran yang menjual sayur-sayuran. Tuhau ini di buat dengan mencampurkan halia, dan dicampur dengan lada yang telah dihiris, daun bawang yang telah dihiris, dan dijeruk dengan garam dan cuka. Melalui soal selidik yang telah saya edarkan, kelima-lima responden telah menyatakan bahawa hidangan ini telah menjadi makanan kegemaran bagi suku kaum Kadazan Dusun. Selain itu, melalui hidangan ini kita dapati bahawa makanan ini juga dijeruk untuk disimpan dalam tempoh masa yang lama.
NOONSOM ATAU BOSOU
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=noonsum
Noonsom atau bosou merupakan sejenis makanan awet tradisional yang di jeruk dengan nasi dan merupakan antara makanan yang istimewa dan terkenal bagi suku kaum Kadazandusun Selain itu noonsom atau bosou ini juga lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Sehubungan itu, terdapat beberapa jenis noonsom dalam masakan Kadazandusun ini, antaranya adalah seperti Noonsom sada(ikan), Noonsom bambangan(buah) dan Noonsom Tuhau(ulam). Noonsom Sada(ikan) hidangan ini dibuat menggunakan ikan air tawar mentah yang dicampurkan bersama-sama nasi dan diperam menggunakan garam dan pangi (sejenis herba tempatan). Selepas dicampurkan, makanan ini akan disimpan didalam balang kaca dan akan dijeruk lebih kurang dalam masa dua minggu. Noonsom Bambangan (buah), sejenis hidangan yang menggunakan isi buah bambangan yang dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut serta dicampurkan dengan sedikit garam. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, makanan ini juga akan di masukkan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan akan biarkan selama seminggu sebelum dimakan. Noonsom Tuhau (ulam), hidangan ini menggunakan isi tuhau yang dihiris halus dan akan dijerukkan bersama-sama dengan cuka, garam dan cili merah. Setelah kesemua bahan tersebut dicampurkan, makanan ini juga akan diisikan ke dalam bekas botol, namun hindangan ini tidak perlu mengambil masa yang lama untuk di jeruk kerana makanan ini hanya dijeruk dalam beberapa minit sahaja sebelum dihidangkan. Noonsom atau Bosou ini mempunyai persamaan dengan makanan tradisional yang lain iaitu mempunyai rasa yang agak masin dan masam. Nonsom atau Bosou ini sesuai dimakan dengan nasi atau bihun goring. Selain itu, bagi membuatkan aroma makanan tersebut menjadi lebih nyaman, makanan ini boleh dicampurkan bersama-sama bawang putih, lada hitam dan minyak zaitun. Disini juga dapat dilihat bahawa hidangan noonsum atau bosou ini merupakan sejenis makanan yang mempunyai pelbagai bentuk hidangan dan semua hidangan akan dijeruk terlebih dahulu sebelum dimakan. Sehubungan itu, melalui borang soal selidik yang telah saya edarkan kepada 5 orang respondan, kelima-lima respondan telah memberikan pendapat yang hampir sama seperti makanan ini merupakan makanan kegemaran bagi suku kaum mereka dan amalan menjeruk ini merupakan satu kaedah supaya makanan yang dibuat dapat tahan dengan lebih lama.
AMBUYAT
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=ambuyat&btnG=
            Ambuyat merupakan sejenis makanan yang sangat popular dan bukan sahaja menjadi makanan bagi suku kaum kadazan dusun, malah ambuyat juga merupakan makanan tradisional bagi beberapa suku kaum seperti bajau dan brunei. Cara untuk membuat ambuyat adalah sangat mudah iaitu hanya mencampurkan sago dengan air panas. Makanan ini akan dimakan bersama-sama sup ikan. Sehubungan itu, melalui boring soal selidik yang telah diedarkan kepada setiap responden, kesemua responden mengatakan bahawa makanan ini sedap jika di makan dengan sup ikan. Selain itu, makanan ini juga telah dihidangkan di restoran. Antaranya ialah Grace Point di Sembulan (https://foursquare.com/v/grace-point-sembulan-kota-kinabalu-sabah). Di sini dapat dilihat bahawa hidangan ambuyat ini telah berkembang dan boleh didapati di restoran juga.
BAMBANGAN
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=en&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=bambangan&oq=bambangan&gs_l=img.3
            Sejenis buah yang sering dibuat jeruk, bambangan ini juga sangat terkenal dan bukan sahaja terkenal dalam suku kaum Kadazandusun, malah makanan ini telah menjadi makanan sampingan bagi seluruh penduduk di negeri Sabah. Selalunya, bambangan ini akan dihidangkan dengan hanya mencampurkannya dengan lada yang telah dihiris. Selain itu, melalui soal selidik yang telah saya edarkan, saya dapati bahawa makanan ini menjadi makanan yang amat digemari oleh suku kaum Kadazan Dusun, bambangan ini juga boleh dimasak bersama-sama dengan ikan basung dan bambangan ini sangat sedap jika dimakan bersama-sama nasi dan ikan rebus. Namun, pada masa ini bambangan ini boleh didapati di tamu dan Pasar Am di Pekan Papar. Dengan ini, terbukti bahawa makanan ini telah berkembang, dan telah menjadi makanan bagi masyarakat di Sabah.
SUP MANUK LIHING
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=sup+manuk+lihing&btnG=
            Sup Manuk Lihing ini merupakan hidangan yang istimewa bagi suku kaum kadazandusun. Sup ini dibuat daripada beberapa bahan-bahan seperti seekor ayam, dan dicampurkan dengan sejenis minuman keras iaitu ‘Lihing’ dan hirisan halia, garam serta serbuk perasa. Selain itu, sup manuk lihing atau dikenali juga sebagai ‘sup ayam lihing’ dalam bahasa Melayu bagus bagu ibu-ibu yang baru bersalin kerana sup ini mempunyai khasiat yang tersendiri seperti dapat mengembalikan tenaga si ibu. Sup ini juga semakin terkenal dan boleh didapati di mana-mana restoran atau hotel. (ms.wikipedia.org/wiki/Sup_Manuk_Lihing).
KESIMPULAN
            Konklusinya, melalui kajian yang telah dilakukan ternyata bahawa suku kaum Kadazan Dusun ini masih lagi mengamalkan amalan-amalan mereka yang terdahulu yang telah diwarisi daripada nenek moyang mereka walaupun telah ditelan zaman. Sebagai bukti, tarian sumazau, makanan tradisional mereka, tarian dan makanan tersebut masih lagi diamalkan dan dihidangkan oleh masyarakat Kadazan Dusun pada masa ini. Oleh itu, suku kaum Kadazan Dusun ini boleh dijadikan sebagai contoh bagi suku kaum yang lain. Ini kerana suku kaum ini tidak meninggalkan amalan dan budaya mereka walaupun zaman semakin maju dan bertambah moden dari semasa ke semasa.
            Melalui penyelidikan ini, saya dapati bahawa suku kaum ini telah mengamalkan dan membuat makanan yang dijeruk. Ini kerana, melalui cara menjeruk ini makanan akan dapat tahan dengan lebih lama dan akan mempunyai rasa yang sangat digemari oleh suku kaum Kadazan Dusun.
BIBIOGRAFI
BAKISA, Chief Minister’s Office, Chief Minister’s Department, 28th Floor, Sabah Foundation
                  Building Likas Bay. 88502 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Daily Express, 01 September 1996
Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999:683), Warisan Budaya Sabah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hinava
http://ms.wikipedia.org/wiki/
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=en&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=pinaasakan&oq=
http://www.google.com.my/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&q=Hinava&btnG=Search+by+image&biw=1024&bih=466&sei=tMFmUeG1D43yrQe77YG4BQ
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=tuhau&btnG=
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=noonsum
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=ambuyat&btnG=
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=en&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=bambangan&oq=bambangan&gs_l=img.3
http://nabaluvi.blogspot.com
ms.wikipedia.org/wiki/Sup_Manuk_Lihing
Tesis : Masyarakat Kadazan/Dusun di Daerah Ranau: Kajian dan Interaksi Antara Agama
Tambunan(28), Adat dan Kebudyaan Kadazan di Tambunan.

hasil dari kerja kursus acik.