PENGENALAN
Negeri Sabah merupakan negeri
yang kaya dengan pelbagai budaya ini kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang
mempunyai pelbagai suku kaum seperti suku
kaum Bajau, Brunei, Kadazan Dusun dan lain-lain lagi. Suku kaum Kadazandusun
merupakan salah satu suku kaum yang mempunyai bilangan yang besar dalam negeri
Sabah. Tema bagi kajian saya ini adalah berkaitan dengan sejarah seni dan
kebudayaan, saya ingin mengetahui beberapa jenis tradisional bagi suku kaum
kadazandusun di Kampung Papaga Dambai, Papar dan hubungkait makanan tersebut
dengan amalan mereka. Suku kaum ini mempunyai pelbagai jenis makanan
tradisional seperti nonsum, bosou atau tuhau, sup manuk lihing, pinasakan,
hinava, ambuyat dan banyak lagi.
Antara faktor yang menyebabkan saya
ingin mengetahui tentang makanan tradsional bagi suku kaum kadazandusun ini dan
kaitan makanan tersebut dengan amalan mereka kerana suku kaum ini mempunyai
pelbagai jenis makanan yang unik seperti nomsum atau bosou, dan makanan ini
sukar ditemui sama ada di pasar mahupun tempat-tempat peniagaan yang lain dan
ini merupakan sebab utama mengapa saya ingin mengetahui tentang makanan
tradisional mereka. Dan bagi mengetahui hubungkait makanan tradisional dengan
amalan mereka saya telah menggunakan kedah borang soal selidik bagi memperolehi
maklumat yang menepati kehendak soalan.
Suku kaum kadazandusun
ini merupakan suku kaum yang berasal daripada rumpun Mongol ( Mongoloid Stock),
yang mempunyai saiz tubuh badan yang pendek dan kecil serta mempunyai warna
kulit seperti warna kuning langsat (Ensiklopedia
Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999:683), Warisan Budaya Sabah). Sehubungan
dengan itu, perkataan ‘Dusun’ merupakan
nama bagi seorang ketua pemimpin kumpulan orang-orang Cina iaitu Lo Sun (warisan Budaya Sabah,42), namun
istilah ‘orang Dusun’ telah digantikan dengan istilah ‘orang Kadazan’ atas faktor-faktor
yang tertentu.
Selain itu, suku kaum kadazandusun
juga mempercayai bahawa keturunan mereka ini bermula dari satu tempat yang
bernama Nunuk Ragang iaitu Pohon Ara berwarna Merah. Tempat tersebut terletak
di Tampias iaitu kawasan Hulu Labuk yang terletak di Ranau pada masa kini.
Selain itu, pokok ara ini juga dikatakan mempunyai kelebihan yang tersendiri
seperti mempunyai saiz yang agak besar iaitu berukuran enam depa lingkungan
tangan pemeluk dan daun-daun pokok tersebut dapat merimbuni pondok-pondok
mereka yang berukuran 240 kaki persegi. Dan disebabkan penduduk bagi suku kaum
ini semakin meningkat para pahlawan suku kaum ini diarahkan supaya mencari
petempatan yang baru bagi mereka. Oleh itu, suku kaum ini telah berpecah dan
menetap di tempat yang baru serta menjadikan sesuatu tempat sebagai
perkampungan mereka seperti yang ada pada masa kini.
Sehubungan itu, suku kaum
kadazandusun ini juga merupakan antara suku kaum yang masih mengamalkan amalan
tradisi mereka. Sebagai contoh, mereka ini masih mengamalkan aktiviti-aktiviti
seperti pertanian, penternakan dan memungut hasil hutan.pada masa kini,
aktiviti pertanian masih lagi diamalkan oleh suku kaum ini dan dapat dibuktikan
apabila ramai peniaga hasil tanaman berasal dari suku kaum kadazandusun. Selain
itu, suku kaum ini juga masih lagi menjalankan aktiviti-aktiviti memungut hasil
hutan seperti mencari herba-herba yang boleh di makan serta dijadikan sebagai
ubat-ubatan.
DAPATAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
Dalam
kajian ini saya telah mengemukakan dua objektif kajian dimana objektif tersebut
perlu terjawab ketika melakukan penulisan hasil kajian.
1. Sejarah
perkembangan pembuatan makanan tradisi masyarakat Kadazan Dusun di Kampung
Papaga, Dambai, Papar, Sabah pada tahun 1990-2013.
2. Hubung
kait penyediaan makanan tradisi masyarakat Kadazan Dusun di Kampung Papaga,
Dambai, Papar, Sabah dengan amalan yang sering mereka lakukan.
PERMASALAHAN KAJIAN
1. Sejarah
perkembangan pembuatan makanan tradisi masyarakat Kadazan Dusun di Kampung
Papaga, Dambai, Papar, Sabah pada tahun 1990-2013.
2. Hubung
kait penyediaan makanan tradisi masyarakat Kadazan Dusun di Kampung Papaga,
Dambai, Papar, Sabah dengan amalan yang sering mereka lakukan.
SKOP KAJIAN
Saya
telah memilih kawasan Kampung Papaga Dambai Papar, Sabah sebagai kawasan kajian
untuk mengetahui tentang beberapa jenis makanan tradisional bagi suku kaum
Kadazan Dusun dan hubung kait pembuatan makanan tersebut dengan amalan mereka
pada tahun 1990-2013.
KAEDAH KAJIAN
Dalam
melakukan kajian ini saya telah menggunakan 3 kaedah kajian untuk mengumpul
maklumat tentang makanan tradisional suku kaum Kadazan Dusun dan hubungkait
pembuatan makanan tersebut dengan amalan mereka, kaedah-kaedah tersebut ialah:
1. Kajian
Internet: rujukan yang dibuat dengan mencari sumber-sumber maklumat yang
berkaitan dengan tajuk kajian daripada internet. Kaedah tersebut boleh
digunakan untuk mendapatkan jenis-jenis makanan tradisional dan hubungkait
dengan amalan bagi suku kaum Kadazan Dusun.
2. Kajian
perpustakaan: penulisan yang bertujuan untuk mengulas isi ilmu termasuklah
penemuan kajian juga secara teori dan kaedah sumbangan mengenai sesuatu topik.
Melalui kaedah ini maklumat mengenai
makanan tradisional dan cara-cara untuk membuat makanan tersebut dapat
diperolehi.
3. Soal
selidik: soal selidik ini di penuhi dengan soalan-soalan yang berkaitan tentang
beberapa jenis makanan tradisional dan hubung kait makanan tersebut dengan
amalan mereka, borang ini lebih memudahkan pengkaji untuk mendapatkan pendapat
serta jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan kepada responden.
ASAL USUL SUKU KAUM
KADAZANDUSUN
Pelbagai teori yang telah
dikemukakan tentang asal usul suku kaum Kadazan Dusun ini, dikatakan suku kaum
ini berasal daripada rumpun Mongol dan sejak 250,000 tahun dahulu, kepulauan
Borneo ini telah didiami oleh penduduk yang berketurunan Mongol dari selatan
China (Timur Himalaya). Disebabkan penduduk keterunan Mongol ini semakin
bertambah hal ini telah menyebabkan terbentuknya komoniti kadazandusun yang
mempunyai perbezaan dari segi suku, bahasa dan dialek di negeri ini. “It has been said that the kadazandusun are
of Mongoloid Stock that once came from Mongolia. During one of the migratory
waves they moved southwards towards the Sundas, traceable only today to include
the Philippines and Indonesian Archipelagos, Borneo Island and Penisular
Malaysia with South China sea enblocked within the present Sunda Shelf.” (Benedict Topin(1981:11)).
Sehubungan itu, dikatakan juga
bahawa pada tahun 150,000 tahun dahulu nenek moyang suku kaum dusun ini telah
berhijrah dari China ke selatan Vietnam, dari Vietnam ke Filipina, dan
dariFilipina ke Borneo. Suku kaum ini telah mengamalkan aktiviti bertani dan
berburu sejak dulu lagi sebagai sumber makanan mereka. Dan teori ini telah
disokong oleh Whelan dengan mengemukakan ciri penuturan suku kaum kadazandusun.
The native peoples oh Sabah speak
languages which belong to the Malayo-Polynesian group of tongues which spreads
over Borneo, Indonesia, Malaya, and Pacific Island. The latest group is that of
the Dusun or Kadazan.(Whelan (1970:25),
Asal Usul Orang Kadazan).
ADAT DAN AMALAN SUKU KAUM
KADAZANDUSUN
SUMBER MAKANAN SUKU KAUM
KADAZANDUSUN
Sehubungan dengan itu, bagi memperolehi sumber makanan untuk terus
hidup, suku kaum kadazandusun ini mengamalkan dan melakukan aktiviti seperti
bercucuk tanam, penternakan dan memungut hasil hutan. Setahu kita, bahawa suku
kaum kadazandusun ini melakukan aktiviti pertanian seperti menanam sayur-sayuran,
buah-buahan dan padi. Sehubungan dengan itu, dapat dilihat juga cara-cara nenek
mereka yang terdahulu mengerjakan sawah yang terikat dengan tradisi mereka
iaitu dengan menggunakan kerbau, bajak dan cangkul. Namun begitu, terdapat
segelintir sahaja yang masih menggunakan kaedah tersebut pada masa kini, ini
kerana pada masa ini pelbagai bentuk jentera untuk membajak sawah telah dibuat
dan lebih memudahkan serta menjimatkan masa. Padi merupakan salah satu sumber
yang amat penting bagi semua masyarakat dan amat penting juga bagi suku kaum
kadazandusun. Ini kerana, melalui padi tersebut banyak jenis makanan yang dapat
dihasilkan serta minuman seperti tapai juga dapat dihasilkan melalui padi
tersebut. Tapai ini merupakan sejenis minuman yang utama bagi suku kaum
kadazandusun dan mereka mempunyai amalan minum tapai, minuman ini dibuat daripada
beras dan suku kaum kadazandusun merpercayai bahawa minuman ini akan sentiasa
memberikan kegembiraan kepada mereka. Selain itu, minuman ini juga akan
dihidangkan dalam setiap majlis dan menghidangkan tapai merupakan amalan yang
wajib dalam sesebuah majlis seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Oleh
itu, bagi mensyukuri nikmat tersebut suku kaum kadazandusun akan merayakan
perayaan menuai padi setiap tahun bagi mensyukuri nikmat yang telah di perolehi
oleh mereka.
PANTANG LARANG SUKU KAUM
KADAZANDUSUN
Suku kaum ini juga masih lagi berpegang kepada pantang larang. Dikatakan
juga bahawa orang yang tinggal berhampiran dengan rumah si mati tidak boleh
keluar untuk melakukan sebarang kerja selama sehari seperti bercucuk tanam, ini
merupakan pantang bagi suku kaum ini. Sebagai contoh, seandainya seseorang
menanam padi ketika jirannya telah meninggal dunia, maka padi yang telah
ditanamnya itu dipercayai akan mati juga. Selain itu, seorang dari suku kaum
kadazandusun akan terpaksa meninggalkan kerja mereka begitu sahaja, seandainya
mereka melihat binatang seperti ular melintasi jalan. Ini kerana, benda
tersebut dianggap akan membawa celaka kepada mereka pada hari tersebut. Dan
seandainya seseorang yang bermimpi tentang perkara yang berbahaya, maka kerja
yang hendak dilakukan pada keesokan harinya juga terpaksa dibatalkan. Oleh itu,
seseorang itu tidak dapat mencari sumber makanan mereka pada hari tersebut
kerana takut akan berlaku sesuatu yang boleh memudaratkan diri mereka.
MAKANAN TRADISIONAL SUKU KAUM
KADAZANDUSUN
Suku kaum ini merupakan antara suku
kaum yang mempunyai pelbagai jenis makanan yang unik dan antaranya ialah
pinasakan, ambuyat, hinava, tuhau, noonsum atau bosou dan sup manuk lihing.
Sehingga hari ini makanan tradisional suku kaum kadazandusun ini masih lagi
diamalkan oleh suku kaum mereka bahkan telah berkembang dengan maju iaitu
dipelbagaikan lagi jenis hidangan bagi memenuhi cita rasa masyarakat pada masa
ini. Sungguhpun begitu, suku kaum Kadazan Dusun tidak meninggalkan dan melupakan
makanan dan resepi-resepi makanan tradisional mereka begitu saja. Sehubungan
itu, tidak semua makanan tersebut mempunya kaitan kepada amalan mereka. Ini
kerana, daripada hasil analisis soal selidik yang telah saya edarkan, kesemua
responden memberi jawapan bahawa sup manuk lihing antara makanan yang mempunyai
kebaikan dan khasiat tersendiri kerana sup ini akan dihidangkan kepada ibu yang
baru lepas bersalin kerana sup ini akan memulihkan keadaan si ibu yang baru
sahaja bersalin. Manakala makanan yang lain hanya dimakan seperti biasa sahaja,
tetapi makanan-makanan ini juga mempunyai khasiat masing-masing. Ini kerana makanan tradisional mereka ini
tidak dicampurkan dengan bahan-bahan kimia seperti makanan yang ada pada masa
kini. Oleh itu, melalui makanan tersebut suku kaum ini mempunyai bentuk badan
yang sihat serta cergas ketika melakukan sebarang kerja, kerana mereka kerap
memakan makanan yang baik dan memberikan
kesan yang posotif kepada badan mereka. Selain itu, dikatakan juga bahawa kebanyakkan
suku kaum kadazandusun akan menjeruk dan merebus makanan mereka. (Daily Express, 01 September 1996). Dengan
cara tersebut mereka dapat menyimpan makanan mereka dalam tempoh masa yang
lama.
PINASAKAN
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=en&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=pinaasakan&oq=
Pinasakan merupakan antara makanan
tradisional bagi suku kaum Kadazan Dusun dan melalui soal selidik, saya dapati
bahawa makanan ini menjadi makanan yang digemari oleh kaum wanita. Pinasakan
adalah makanan yang dibuat daripada ikan yang di masak dengan ‘takob akob’
iaitu sejenis buah-buahan yang masam, garam, kunyit dan buah bambangan yang
telah dipotong dan untuk menyediakan pinasakan bambangan merupakan bahan yang
paling wajib. Sehubungan itu, makananan ini senang untuk disediakan dan bagus
jika dimakan bersama dengan nasi atau ambuyat dan dengan sedikit sambal. Selain
itu, makanan ini juga telah menjadi terkenal dan telah dihidangkan di beberapa
restoran antaranya ialah Restoran Nabalu, Gaya Streat, Kota Kinabalu, Sabah. (http://nabaluvi.blogspot.com)
HINAVA
http://www.google.com.my/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&q=Hinava&btnG=Search+by+image&biw=1024&bih=466&sei=tMFmUeG1D43yrQe77YG4BQ
Hinava merupakan makan tradisional
yang telah terkenal di Sabah, yang telah dikenalkan oleh suku kaum kaum
kadazandusun sendiri dan melalui soal selidik yang telah saya edarkan kesemua
responden mengatakan bahawa makanan ini telah menjadi makanan kegemaran bagi
suku kaum mereka. Hinava ini dibuat daripada ikan yang segar iaitu ikan mentah
seperti ikan tenggiri ( sejenis ikan kembung), yang dihiris dan dipotong berbentuk
dadu, ikan tersebut akan di campur dengan beberapa jenis ramuan seperti lada,
halia, bawang merah, biji buah bambangan yang di parut, garam dan sedikit jus
limau. Hinava boleh di makan bersama-sama dengan nasi. Tetapi pada masa ini,
makanan ini telah di jadikan sebagai satu hidangan yang istimewa di hotel-hotel
untuk menyambut sesuatu peristiwa atau majlis. Sehubungan itu, makanan ini
telah dipelbagaikan jenis hidangan mengikut cita rasa masyarakat masa ini. Selain
itu, makanan ini juga bolehh didapati di Restoran
Nabalu, Gaya Streat, Kota Kinabalu, Sabah
(http://nabaluvi.blogspot.com). Namun
begitu, keaslian makanan ini tetap dipelihara oleh suku kaum kadazandusun agar
rasa hinava yang sebenar tidak dilupakan.
TUHAU
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=tuhau&btnG=
Tuhau merupakan sejenis makanan
tradisional yang mempunyai bau yang kebanyakan orang tidak suka ini kerana
tuhau ini mempunyai bau yang menjengkelkan. Namau begitu, kita boleh temui
makanan ini di Tambunan, Keningau dan Ranau, tetapi pada masa kini, kita boleh
mendapat makanan ini di pasaran yang menjual sayur-sayuran. Tuhau ini di buat
dengan mencampurkan halia, dan dicampur dengan lada yang telah dihiris, daun
bawang yang telah dihiris, dan dijeruk dengan garam dan cuka. Melalui soal
selidik yang telah saya edarkan, kelima-lima responden telah menyatakan bahawa
hidangan ini telah menjadi makanan kegemaran bagi suku kaum Kadazan Dusun.
Selain itu, melalui hidangan ini kita dapati bahawa makanan ini juga dijeruk
untuk disimpan dalam tempoh masa yang lama.
NOONSOM ATAU BOSOU
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=noonsum
Noonsom
atau bosou merupakan sejenis makanan awet tradisional yang di jeruk dengan nasi
dan merupakan antara makanan yang istimewa dan terkenal bagi suku kaum Kadazandusun Selain itu noonsom atau bosou ini juga lebih
dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Sehubungan itu, terdapat beberapa
jenis noonsom dalam masakan Kadazandusun ini, antaranya adalah seperti Noonsom
sada(ikan), Noonsom bambangan(buah) dan Noonsom Tuhau(ulam). Noonsom Sada(ikan)
hidangan ini dibuat menggunakan ikan air tawar mentah yang dicampurkan
bersama-sama nasi dan diperam menggunakan garam dan pangi (sejenis herba
tempatan). Selepas dicampurkan, makanan ini akan disimpan didalam balang kaca
dan akan dijeruk lebih kurang dalam masa dua minggu. Noonsom
Bambangan (buah), sejenis hidangan yang menggunakan isi buah bambangan yang
dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut serta
dicampurkan dengan sedikit garam. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan,
makanan ini juga akan di masukkan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan
akan biarkan selama seminggu sebelum dimakan. Noonsom Tuhau (ulam), hidangan
ini menggunakan isi tuhau yang dihiris halus dan akan dijerukkan bersama-sama
dengan cuka, garam dan cili merah. Setelah kesemua bahan tersebut dicampurkan,
makanan ini juga akan diisikan ke dalam bekas botol, namun hindangan ini tidak
perlu mengambil masa yang lama untuk di jeruk kerana makanan ini hanya dijeruk
dalam beberapa minit sahaja sebelum dihidangkan. Noonsom atau Bosou ini
mempunyai persamaan dengan makanan tradisional yang lain iaitu mempunyai rasa
yang agak masin dan masam. Nonsom atau Bosou ini sesuai dimakan dengan nasi
atau bihun goring. Selain itu, bagi membuatkan aroma makanan tersebut menjadi
lebih nyaman, makanan ini boleh dicampurkan bersama-sama bawang putih, lada
hitam dan minyak zaitun. Disini juga dapat dilihat bahawa hidangan noonsum atau
bosou ini merupakan sejenis makanan yang mempunyai pelbagai bentuk hidangan dan
semua hidangan akan dijeruk terlebih dahulu sebelum dimakan. Sehubungan itu,
melalui borang soal selidik yang telah saya edarkan kepada 5 orang respondan,
kelima-lima respondan telah memberikan pendapat yang hampir sama seperti makanan
ini merupakan makanan kegemaran bagi suku kaum mereka dan amalan menjeruk ini
merupakan satu kaedah supaya makanan yang dibuat dapat tahan dengan lebih lama.
AMBUYAT
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=ambuyat&btnG=
Ambuyat merupakan
sejenis makanan yang sangat popular dan bukan sahaja menjadi makanan bagi suku
kaum kadazan dusun, malah ambuyat juga merupakan makanan tradisional bagi
beberapa suku kaum seperti bajau dan brunei. Cara untuk membuat ambuyat adalah
sangat mudah iaitu hanya mencampurkan sago dengan air panas. Makanan ini akan
dimakan bersama-sama sup ikan. Sehubungan itu, melalui boring soal selidik yang
telah diedarkan kepada setiap responden, kesemua responden mengatakan bahawa
makanan ini sedap jika di makan dengan sup ikan. Selain itu, makanan ini juga
telah dihidangkan di restoran. Antaranya ialah Grace Point di Sembulan (https://foursquare.com/v/grace-point-sembulan-kota-kinabalu-sabah). Di sini
dapat dilihat bahawa hidangan ambuyat ini telah berkembang dan boleh didapati
di restoran juga.
BAMBANGAN
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=en&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=bambangan&oq=bambangan&gs_l=img.3
Sejenis buah yang sering dibuat
jeruk, bambangan ini juga sangat terkenal dan bukan sahaja terkenal dalam suku
kaum Kadazandusun, malah makanan ini telah menjadi makanan sampingan bagi
seluruh penduduk di negeri Sabah. Selalunya, bambangan ini akan dihidangkan
dengan hanya mencampurkannya dengan lada yang telah dihiris. Selain itu, melalui
soal selidik yang telah saya edarkan, saya dapati bahawa makanan ini menjadi
makanan yang amat digemari oleh suku kaum Kadazan Dusun, bambangan ini juga
boleh dimasak bersama-sama dengan ikan basung dan bambangan ini sangat sedap
jika dimakan bersama-sama nasi dan ikan rebus. Namun, pada masa ini bambangan
ini boleh didapati di tamu dan Pasar Am di Pekan Papar. Dengan ini, terbukti
bahawa makanan ini telah berkembang, dan telah menjadi makanan bagi masyarakat
di Sabah.
SUP MANUK LIHING
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=sup+manuk+lihing&btnG=
Sup Manuk Lihing ini
merupakan hidangan yang istimewa bagi suku kaum kadazandusun. Sup ini dibuat
daripada beberapa bahan-bahan seperti seekor ayam, dan dicampurkan dengan
sejenis minuman keras iaitu ‘Lihing’ dan hirisan halia, garam serta serbuk
perasa. Selain itu, sup manuk lihing atau dikenali juga sebagai ‘sup ayam
lihing’ dalam bahasa Melayu bagus bagu ibu-ibu yang baru bersalin kerana sup
ini mempunyai khasiat yang tersendiri seperti dapat mengembalikan tenaga si
ibu. Sup ini juga semakin terkenal dan boleh didapati di mana-mana restoran
atau hotel. (ms.wikipedia.org/wiki/Sup_Manuk_Lihing).
KESIMPULAN
Konklusinya, melalui kajian
yang telah dilakukan ternyata bahawa suku kaum Kadazan Dusun ini masih lagi
mengamalkan amalan-amalan mereka yang terdahulu yang telah diwarisi daripada
nenek moyang mereka walaupun telah ditelan zaman. Sebagai bukti, tarian
sumazau, makanan tradisional mereka, tarian dan makanan tersebut masih lagi
diamalkan dan dihidangkan oleh masyarakat Kadazan Dusun pada masa ini. Oleh itu,
suku kaum Kadazan Dusun ini boleh dijadikan sebagai contoh bagi suku kaum yang
lain. Ini kerana suku kaum ini tidak meninggalkan amalan dan budaya mereka
walaupun zaman semakin maju dan bertambah moden dari semasa ke semasa.
Melalui penyelidikan ini, saya
dapati bahawa suku kaum ini telah mengamalkan dan membuat makanan yang dijeruk.
Ini kerana, melalui cara menjeruk ini makanan akan dapat tahan dengan lebih
lama dan akan mempunyai rasa yang sangat digemari oleh suku kaum Kadazan Dusun.
BIBIOGRAFI
BAKISA,
Chief Minister’s Office, Chief Minister’s Department, 28th Floor, Sabah
Foundation
Building Likas Bay. 88502
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Daily
Express, 01 September 1996
Ensiklopedia
Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999:683), Warisan Budaya Sabah
http://www.opendrive.com/files/OV82MDE0NDVfbTlBYTY/jambatan%20tamparuli%20-%20lagu%20dusun.mp3
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hinava
http://ms.wikipedia.org/wiki/
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=en&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=pinaasakan&oq=
http://www.google.com.my/search?hl=en&site=imghp&tbm=isch&source=hp&q=Hinava&btnG=Search+by+image&biw=1024&bih=466&sei=tMFmUeG1D43yrQe77YG4BQ
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=tuhau&btnG=
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=noonsum
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=ambuyat&btnG=
http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1024&bih=466&site=en&site=imghp&tbm=isch&sa=1&q=bambangan&oq=bambangan&gs_l=img.3
http://nabaluvi.blogspot.com
ms.wikipedia.org/wiki/Sup_Manuk_Lihing
Tesis :
Masyarakat Kadazan/Dusun di Daerah Ranau: Kajian dan Interaksi Antara Agama
Tambunan(28),
Adat dan Kebudyaan Kadazan di Tambunan.
hasil dari kerja kursus acik.
Sebuah nota yg menarik dan boleh dijadikan rujukan.
BalasPadamOriental Emperor Casino Review | Best Online Casino in Singapore
BalasPadamOriental Emperor Casino Review ✓ Read our expert review of Oriental Emperor casino Oriental Emperor is 제왕 카지노 a popular Asian 메리트 카지노 주소 casino that offers a wide febcasino range of Asian-themed games Rating: 4 · Review by Shootercasino.com