RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3
Tarikh
: 23.4.2013
Masa
: 3.25 – 4.25
Tahun
: 3 Bestari
Mata
pelajaran
: Bahasa Melayu Tahun 3
Tema
: TEMA 3 – KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
Tajuk
: Aktiviti
di Padang Sekolah
Objektif
: Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
Murid
membaca teks dan mengenal pasti perkataan berimbuhan awalan.
Murid
mengambil imlak frasa dan ayat yang dibacakan oleh guru dalam buku tulis.
Standard
kandungan :
2.2. Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai
sumber dengan sebutan yang betul.
3.4. Menulis imlak dengan tepat.
Standard
pelajaran :
2.2.1. Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan
berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan
yang betul.
3.4.2. Menulis imlak frasa dan ayat yang mengandungi perkataan
berimbuhan dengan tanda baca dan ejaan yang tepat.
Sistem
bahasa
: Imbuhan.
Penerapan
ilmu : Kbt :- KB – Mengenal
pasti
Kontekstual -
Menghubungkaitkan
Nilai
: Kesihatan
BBM
: Power point, LCD, Lembaran kerja.
Masa / Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P& P
|
Catatan
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Power point, LCd
|
1.Guru menayangkan slaid 1 murid 1 sukan dan
gambar murid sedang bersenam di padang.
2 . Murid bercerita mengenai slaid
dan gambar yang ditanyangkan oleh guru.
|
BBM
Power point dan LCD.
Kbt :- KB – Mengenal
pasti
Kontekstual -
Menghubungkaitkan
Nilai : Kesihatan
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Power point. LCD
|
1. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk
pada hari ini.
1. Murid diperlihatkan gambar-gambar kegiatan
aktiviti di padang sekolah.
2. Murid bercerita mengenai gambar yang mereka
lihat.
|
Kemahiran Lisan
Kbt: Menjana idea
|
Langkah 2
(10 minit)
|
Power point, LCD, teks.
|
1.Murid membaca teks yang ditayangkan.
2. Murid mengenal pasti perkataan
berimbuhan awalan dan akhiran yang terdapat dalam petikan.
|
Kemahiran menaakul
BBM : LCD dan power point
Nilai: Kesihatan
|
Langkah 3
(15 minit)
|
Imbuhan
Ayat tunggal dan ayat majmuk.
|
1 Guru menerangkan dan memberikan
contoh-contoh imbuhan.
2.Murid menyebut perkataan berimbuhan dalam petikan
seterusnya menyatakan imbuhan dan kata akarnya.
3.Murid melengkapkan teks dengan perkataan
berimbuhan awalan dan akhiran.
4. Murid membaca petikan yang telah
dilengkapkan.
5. Murid diminta membina ayat dengan menggunakan
perkataan berimbuhan kemudian membacanya.
|
BBM : LCD dan power point
Kbt :- KB – Mengenal
pasti
Sistem bahasa:
Imbuhan
Kemahiran mendengar.
Menjana idea
|
( 5 minit)
|
Frasa dan ayat
|
1. Murid mengambil imlak frasa dan ayat yang
dibacakan oleh guru dalam buku tulis.
2. Murid membaca frasa dan ayat yang telah
diimlakkan.
|
Kemahiran mendengar
|
Penutup
(5 minit)
|
-Rumusan isi
|
1.Guru merumuskan P&P dengan sesi
soal jawab bersama murid tentang aktiviti yang telah dipelajari.
|
BBM: LCD dan power point.
Nilai : Kesihatan
|
Refleksi
|
Syukur
Alhamdulillah, aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 3
berjalan lancar seperti yang telah pun dirancang. Murid-murid menunjukkan
minat yang mendalam terhadap tajuk pembelajaran iaitu ‘Aktiviti di Padang
Sekolah’. Setiap rangsangan minda yang saya curahkan kepada murid dibalas
dengan baik dan aktif. Murid sepanjang rancangan pengajaran ini berlangsung
dapat menguasai objektif pembelajaran dengan baik dan cemerlang. Kawalan
disiplin murid pada awalnya sedikit longgar di mana murid didapati lambat
masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini
kerana masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selesai sahaja waktu
rehat sekolah. Ini menyebabkan sesi pembelajaran lewat 2 minit daripada yang
sepatutnya seperti yang dirancang. Keadaan ini diperbaiki dengan memberi
nasihat tegas tetapi berhemah kepada murid akan peri pentingnya menepati
waktu. Kemudian, murid juga didapati masuk ke dalam kelas dengan tidak
beratur. Situasi ini diatasi dengan memberi arahan agar murid beratur semasa
masuk dan keluar dari kelas pada mula dan akhir sesi persekolahan. Berbicara
tentang keadaan kelas semasa pembelajaran berlangsung, murid didapati
menyediakan persekitaran kelas yang bersih dan kemas. Suasana pembelajaran yang
kondusif ini sedikit sebanyak membantu saya dan murid-murid untuk belajar
dengan lebih selesa. Sedikit gangguan apabila tidak semua kipas berfungsi
lantas menyebabkan murid di bahagian hadapan kelas kurang selesa. Kekurangan
ini tidak dapat dielakkan memandangkan masalah ini bersifat teknikal. Namun,
keadaan ini menyebabkan murid beralih ke kawasan yang lebih sejuk,
menyebabkan taburan tempat duduk di dalam kelas tertumpu ke kawasan yang
lebih sejuk.
Set induksi saya
mulakan dengan paparan multimedia PowerPoint berkenaan slaid murid sedang
bersenam di padang dan melaksanakan program kebangsaan iaitu ‘1M1S’. Saya
menjana idea murid dengan bersoal jawab tentang gambar yang dipaparkan. Murid
didapati memberi respons yang tepat (pengetahuan sedia ada) dan jawapan yang
diberikan adalah bernas dan ringkas. Kontak mata dilaksanakan dengan baik,
media pandang dengar juga didapati banyak membantu pemahaman murid. Murid
dapat menyatakan bahawa amalan kesihatan adalah penting dalam kehidupan.
Rangsangan berbentuk ingin tahu ini menunjukkan murid menguasai Kemahiran
Bernilai Tambah (KBT) topik ini iaitu ‘menghubungkaitkan’. Tahniah!
Aktiviti 1 adalah
kesinambungan daripada set induksi yang berlangsung sebelumnya. Masa yang
diperuntukkan adalah 10 minit. Terkandung di dalam aktiviti ini adalah
menjana idea dan menaakul. Teknik pengajaran adalah berasaskan lisan. Dalam
aktiviti ini, murid disajikan dengan tayangan slaid PowerPoint berkenaan
gambar-gambar aktiviti yang diadakan di padang sekolah. Saya mengaplikasikan
gerak geri semula jadi guru dan bentuk penglibatan lisan murid untuk
membincangkan gambar yang ditunjukkan. Didapati murid boleh menerangkan
aktiviti yang dipaparkan dengan baik. Murid dapat bercerita dengan ringkas
akan gambar yang dipaparkan terutama berkenaan program 1M1S.
Aktiviti 2
merupakan fokus utama pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran menaakul.
Aktiviti ini sepatutnya mengambil masa 10 minit di mana murid membaca teks
yang dipaparkan pada pemancar skrin (perancangan asal). Semasa aktiviti ini
dilaksanakan, didapati murid membaca dengan pantas, kurang daripada 8 minit
sahaja aktiviti ini selesai dilaksanakan. Murid menunjukkan gaya bacaan baik
berserta sebutan yang jelas dan intonasi yang sesuai. Dengan itu, aktiviti
ini singkat berbanding yang dirancang. Murid kemudiannya mengenal pasti
perkataan berimbuhan awalan dan akhiran yang terdapat dalam petikan yang
telah dibaca. Teknik menyoal ‘membantu dengan memberi petunjuk’ saya guna
pakai. Teknik ‘hentian’ juga saya guna pakai dengan menghentikan imbuhan
awalan dengan imbuhan akhiran.
Pada Aktiviti 3
pula, saya menjalankan tugas sebagai fasilitator (pemudah cara) yang baik.
Sesi pertama ini yang sepatutnya mengambil masa 10 minit namun hanya berlangsung
selama 8 minit. Saya berjaya menerangkan imbuhan berserta contoh dengan
menggunakan kaedah menerang. Arah permulaan yang menarik dan mengajak
perhatian murid turut saya gunakan pada aktiviti 3 ini. Berbantukan paparan
PowerPoint sebagai alat bantu mengajar, saya mengarahkan murid untuk
melengkapkan teks dengan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran secara
berperingkat-peringkat, secara inklusif iaitu dari yang mudah kepada yang
lebih susah. Selepas itu murid juga telah berjaya membina ayat dengan
menggunakan perkataan berimbuhan kemudian membacanya untuk diperdengarkan
kepada rakan lain. Berdasarkan pemerhatian kasar, didapati murid menguasai
kemahiran bernilai tambah yang saya rancang iaitu Kemahiran Berfikir –
mengenal pasti.
Turut dilakukan
pada Aktiviti 3 adalah sesi kedua iaitu bahagian frasa dan ayat. Sesi ‘Frasa
dan Ayat’ ini memakan masa selama 5 minit sahaja. Masa yang terhad ini saya
luangkan sepenuhnya bersama murid dengan mengguna pakai Kemahiran Ilustrasi
iaitu ‘media pandang-dengar yang merangsang pembelajaran murid’. Murid
menggunakan paparan slaid PowerPoint untuk mempelajari hukum imbuhan. Dalam
sesi kedua ini, saya dapati mampu membaca petikan yang telah dilengkapkan
(berserta imbuhan) dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang sesuai. Fokus
pembelajaran murid pada sesi ini dapat disimpulkan secara purata sebagai
tertumpu pada lisan positif.
Sepanjang
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, didapati murid melibatkan diri
secara kolektif dan aktif. Murid berjaya mengambil imlak frasa dan ayat yang
saya bacakan ke dalam buku tulis. Sedikit arahan penegasan saya segarkan
kepada murid memandangkan kawalan kelas semakin longgar pada kala murid
menulis ayat yang saya bacakan kepada mereka. Murid yang lemah pula saya
dampingi dan ajari dengan lisan positif, penuh kelembutan dan kasih sayang.
Alhamdulillah saya berjaya membimbing murid lemah untuk mengikuti
pembelajaran ini.
Pada sesi
Penutup, saya menjalankan perbincangan rumusan bersama murid dengan
menggunakan teknik soal jawab. Saya menanyakan soalan berkaitan susunan topik
yang dipelajari hari ini kepada murid-murid. Secara keseluruhan, saya dapati
murid mengikuti setiap aktiviti yang saya anjurkan dengan baik. Teknik-teknik
pengajaran yang pelbagai menunjukkan kesan yang positif kepada mereka.
Nampaknya murid memberi respons yang baik dengan menyatakan isi-isi penting .
Dapat saya simpulkan bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran saya pada
hari ini tercapai dengan jayanya. Selesai sesi pengajaran dan pembelajaran
hari ini. Alhamdulillah!
Penilaian
Kendiri
Kelebihan
(Strengths)
Suara yang
lantang dan jelas memudahkan murid-murid memahami apa yang disampaikan. Nada
yang lembut tetapi tegas ketika mengajar dapat membantu murid fokus terhadap
pelajaran dan keprihatinan guru pada situasi sekelilingnya dapat memastikan
murid-murid tidak alpa dan bermain di dalam kelas. Guru juga dilihat sentiasa
berinteraksi dengan murid dan sentiasa mendapat maklum balas yang cepat
daripada murid. Selain itu, murid-murid kelihatan seronok dan melibatkan diri
secara aktif sepanjang aktiviti pembelajaran berlangsung. Murid-murid di
kelas ini dapat menerima penerangan dengan baik sekali dan dapat memberi
respons yang baik dan saya berpuas hati dengan kerjasama yang murid berikan
kepada saya.
Alat bantu
mengajar (ABM) yang digunakan amat jelas, mudah dilihat dan dibaca serta
tidak melupakan aspek penonjolan bagi mencapai maksud dan tujuan. Penyediaan
slaid PowerPoint yang saya siapkan
lebih awal telah memberi kesan kepada penjimatan masa yang kritikal dan
memudahkan murid menggunakan kemahiran visual bagi niat memahami isi
pembelajaran yang dipaparkan. Jenis tulisan dan warna amat saya titik
beratkan dalam setiap slaid yang dibina agar bersifat lebih menarik dan
efektif.
Duduk secara
berkumpulan membolehkan murid membentuk sikap bekerjasama, bertolak ansur dan
boleh menerima pendapat orang lain. Melalui cara ini dapat dilihat dengan
jelas bahawa mereka mempunyai sikap bekerjasama, tolong menolong dan rela
menerima pendapat kawan-kawannya dalam menyiapkan tugasan yang diberi dalam
masa yang singkat. Persaingan untuk menjadi yang pertama telah menguatkan
lagi semangat mereka.
Kelemahan
(Weaknesses)
Antara kelemahan
yang dikenal pasti dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran ini
adalah guru tidak menulis hari, tajuk dan tarikh. Justeru itu tidak hairanlah
jika di penghujung sesi pengajaran dan pembelajaran ada murid yang agak
keliru apabila ditanya tentang apa yang mereka pelajari pada hari tersebut.
Tiada penglibatan secara individu dalam bacaan dilakukan. Murid hanya diminta
membaca secara beramai-ramai. Kadangkala guru lupa menyebut nama murid ketika
meminta murid menjawab soalan. Soal jawab antara guru dengan murid secara
individu juga dilihat kurang dilakukan. Murid dilihat suka menjawab secara
beramai-ramai.
Peluang
(Opportunities)
Setiap
kelemahan-kelemahan yang dikesan perlu diambil serius dan diatasi dengan
melakukan penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Saya seharusnya ingat untuk menulis hari, tajuk dan tarikh di
papan tulis sebagai langkah awal untuk murid mengetahui apa yang bakal
dipelajarinya nanti. Saya juga harus memberi peluang kepada beberapa orang
murid untuk membaca secara individu. Dengan cara ini saya boleh mengesan
kebolehan membaca seseorang murid dengan lebih tepat. Saya juga harus lebih
prihatin ketika sesi soal jawab yang berlaku antara guru dengan murid
terutamanya penyoalan secara individu. Saya seharusnya ingat nama semua
murid.
Walaupun kaedah
yang saya gunakan membolehkan objektif pengajaran saya tercapai, saya
bercadang untuk mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan
pembelajaran yang lebih menarik agar murid-murid dapat memahami sesuatu topik
dengan lebih jelas dan terperinci lagi. Diharapkan kaedah dan teknik yang pelbagai
akan menjadikan pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk
membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa
rasa jemu dan bosan di samping boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat
pelajar secara berkesan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan