1.1 TAKRIF
PERIBAHASA
Pada masa sekarang, aspek Peribahasa
semakin kurang dititikberatkan walaupun peribahasa merupakan elemen penting
dalam kriteria berbahasa. Peribahasa merupakan bahasa klise dan milik sastera
lama, tidak memahami peribahasa dengan baik, peribahasa mempunyai banyak makna
tersirat, jumlah peribahasa yang banyak dan mempunyai makna tersirat, dan
beberapa sebab yang lain.
Keris Mas mendefinisikan Peribahasa
sebagai percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian,
yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada
perasaan dan fikiran.
Ishak Ramly pula menyatakan Peribahasa
adalah cabang dalam sastera Melayu dan merupakan ikatan bahasa atau puisi Melayu
kuno yang bernilai sastera.
Zainal Abidin Ahmad menjelaskan
peribahasa sebagai segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut
orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya,
luas dan benar tujuannya dipakainya sebutansebutan orang sebagai bandingan, teladan
dan pengajaran.
Peribahasa adalah salah satu elemen
penting dalam kemahiran berbahasa. Memahami peribahasa akan membawa pengkajinya
mengenali sosiobudaya masyarakat melayu lama. Hal ini demikian kerana
peribahasa dalam masyarakat melayu tradisional merupakan percakapan atau ujaran
yang mereka gunakan untuk menyampaikan kebijaksanaan fikiran mereka kepada generasi
muda. Sehubungan dengan itu, mengikut Abdullah Hussin(1989) peribahasa itu sama
tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila
bangsa manusia mula mengenal peradaban.
2.0 FUNGSI
PERIBAHASA DALAM KESINAMBUNGAN WARISAN BAHASA
Peribahasa ialah merupakan satu
kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata yang mampu menggambarkan sesuatu
maksud yang tertentu. Ini menyebabkan ia mempunyai banyak peranan dalam
kehidupan masyarkat.
Peribahasa memainkan peranan dalam
suatu komunikasi. Menurut Asmah Haji Omar (1986: 178), dalam kehidupan Melayu,
misalnya dalam kehidupan tertentu, memang disengajakan supaya maksud dalam
sesuatu komunikasi itu disampaikan secara langsung, …Penyampaian maksud secara
langsung itu merupakan sesuatu yang di luar kebiasaan, bahkan dipandang sebagai
perbuatan yang biadap. Oleh sebab itu tidak hairanlah jika kita dapati bahasa
Melayu itu kaya sekali dengan bahasa kiasan, bahasa sindiran, pepatah, petitih
dan sebagainya.
2.1 Sebagai
Komunikasi Formal dan Tidak Formal
Antara fungsi peribahasa ialah
sebagai alat komunikasi sama ada secara formal iaitu digunakan dalam adat
istiadat tertentu atau digunakan secara tidak formal iaitu terutamanya di
gunakan untuk menyindir, menegur atau mengkritik seseorang. Menguasai kemahiran
komunikasi akan menjadikan seseorang itu lebih mudah mendapat kawan dan
diterima dalam sesuatu masyarakat. Tentu ada alasannya mengapa kita perlu
memahami dan menguasai tentang kepentingan hubungan insan. Aggaplah hubungan
yang baik dengan orang lain sebagai satu perkara penting dalam kehidupan
kita.Walau bagaimanapun, untuk menjalin hubungan baik dengan orang lain, kita
perlu memiliki kemahiran komunikasi yang cukup berkesan. Selain daripada itu,
kita juga perlu memahami beberapa prinsip asas psikologi yang dapat memberikan
panduan bagi menjalin hubungan yang baik dengan orang lain.Contohnya dapat
dilihat melalui peribahasa “Biar mati anak, jangan mati adat”
yang bermaksud kita hendaklah mendisiplinkan diri supaya mematuhi keputusan
yang telah kita buat. Selain itu peribahasa “Kuman di seberang lautan nampak,
gajah di depan mata tidak nampak” merupakan peribahasa yang menyindir
orang yang suka menjaga tepi kain orang lain. Biasanya yang nampak hanyalah
kesalahan orang lain, walaupun kecil, tetapi kalau kesalahan sendiri sebesar
mana pun tidak disedarinya.
2.2 Sebagai
Alat Pendidikan
Peribahasa turut berfungsi sebagai
alat pendidikan. Dengan menggunakan peribahasa, sesuatu ilmu dan pengajaran
dapat di sampaikan secara langsung kepada masyarakat kerana sifatnya yang
flaksibel dan dapat digunakan dalam pelbagai keadaan. Contohnya peribahasa “Bagai Kacang Lupakan Kulit” yang
membawa maksud orang yang telah mencapai kesenangan tidak lagi mengingat asal
usulnya dahulu. Peribahasa ini mengajar kita supaya kita sentiasa mengingat
asal usul kita sebelum meraih kejayaan dan tidak bersikap sombong kepada orang.
Cerita-cerita Melayu seperti Malin Kundang dan Si Tanggang sering dikaitkan
dengan peribahasa “Kacang Lupakan Kulit”.
Sejajar dengan itu, kandungan pemikiran ini diungkapkan dalam
peribahasa Melayu sebagai pengajaran dan teladan untuk bangsa Melayu memperoleh keimanan
dan memotivasikan amal.
i. Seperti belut pulang ke
lumpur
Peribahasa ini mengingatkan kita agar tidak lupa asal
usul dari kampung contohnya walaupun telah lama menetap di bandar dan merasai
pelbagai kemewahan.
ii. Seperti enau di dalam
belukar
Masyarakat kita adalah
masyarakat berilmu dan berbudi bahasa. Namun sekiranya seseorang yang telah
menikmati kejayaan dan kekayaan tetapi mementingkan diri sendiri dan tidak
membantu orang lain yang memerlukan akan diibaratkan seperti enau di dalam
belukar.
iii.Besar di bawah pisang goyangan, besar
di bawah tebu berlengkar
2.3 Nasihat
dan Teguran
Seringkali apabila seseorang
menyelit peribahasa dalam perbualannya secara tidak langsung turut mengundang
rasa yang pelbagai sama ada lucu, tidak percaya atau kagum sehingga menimbulkan
rasa aneh dalam kalangan pendengar.
Dalam hal ini, peribahasa juga berperanan sebagai pembebas tanggungjawab
perseorangan terhadap sesuatu kekuasaan. Mengikut Alan Dundes (1989) menyatakan
maksud kata-kata ini ialah jika hendak mengkritik, terutamanya ingin menunjukkan
kesalahan atau mencela oseseorang dengan peribahasa, individu sasaran akan
lebih mudah menerima teguran tersebut daripada dikritik atau dicela secara
langsung. Simpulan bahasa merupakan kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan
dengan benda lain. Bentuknya terdiri daripada dua atau tiga patah perkataan.
Contohnya, “ayam tambatan”, “buah hati”.
Bahasa Kiasan juga selalu digunakan
sebagai sindiran dan mempunyai bahasa yang tersirat. Peribahasa jenis kiasan
lazimnya digunakan untuk membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam
sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya. Contohnya dalam
memberi teguran atau nasihat, masyarakat selalu menggunakan Kiasan Berangkap
iaitu kiasan yang menunjukkan perbandingan secara berirama atau mempunyai
erentanan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan benda yang dikiaskan.
Contoh
:
i. Sebab pulut santan binasa sebab
mulut badan binasa.
ii. Tak
tumbuh tak melata tak sungguh
orang tak kata
iii. banyak
udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
2.4 Menyampaikan
Kebijaksanaan
Peribahasa juga berfungsi sebagai
media yang mempamirkan kebijaksanaan penutur atau pewaris (juga melambangkan
kebijaksanaan masyarkat khalayak). Pewaris yang terhad menyebabkan mereka
dianggap sebagai golongan yang eksklusif dan istemewa. Semakin banyak mereka
mewarisi puisi ini semakin tinggi sanjungan masyarkat khalayak terhadap mereka.
Contohnya golongan tua banyak mengetahui dan menghafal pelbagai peribahasa
sehinggakan ada diantara mereka yang dilantik sebagai ketua adat atau ketua
lembaga. Ini menyebabkan mereka di pandang tinggi dalam masyarkat. Oleh itu
penguasan puisi ini sekali gus dapat menunjukan ketinggian status seseorang
dalam masyarkatnya.
Selain itu peribahasa juga digunakan
untuk mengambarkan sesuatu keadaan. Peribahasa digunakan untuk menggambarkan
sesuatu keadaan yang sukar untuk di jelaskan kepada seseorang. Dengan adanya
peribahasa ini, sesuatu keadaan ini dapat di sampaikan dengan mudah dan
ringkas. Contohnya peribahasa seperti “Kaki ayam” yang menggambarkan seseorang
yang tidak menggunakan kasut atau alas kaki dan peribahasa “Puteri lilin”
menunjukan individu yang tidak tahan lama berada di bawah pancaran matahari.
3.0 TIGA
KEPENTINGAN PERIBAHASA DALAM TEMA BUDI BAHASA
3.1 Berjimat-cermat
Masyarakat yang suka
berjimat cermat adalah masyarakat yang berbudi bahasa. Masyarakat pada masa
sekarang amat mementingkan kerjaya untuk mengukuhkan ekonomi dan merancang masa
depan yang cerah. Kepekaan masyarakat terhadap kegiatan ekonomi banyak
dicerminkan melalui peribahasa. Ekonomi yang berkaitan dengan pendapatan, hasil
usaha, kerja kuat dan berjimat cermat terungkap dalam pelbagai peribahasa yang
menekankan kepentingan ekonomi tersebut. Umumnya kita mengetahui amalan
berjimat cermat di kalangan masyarakat di negara kita masih lagi rendah dan
perlu dipertingkatkan. Amalan berjimat cermat banyak kebaikannya. Jika amalan
berjimat cermat tidak terus dipupuk, dikhuatiri sikap boros akan menjadi budaya
hidup masyarakat di negara kita. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap
yang bertentangan dikecam, seperti dalam contoh berikut:
i. Berjagung-jagung dahulu
sementara menantikan padi masak
Maksud : Membuat kerja sambilan sementara mendapat
pekerjaan yang tetap.
ii. Biar titik, jangan tumpah
Maksud : Biar rugi sedikit jangan rugi banyak.
iii. Batu yang selalu bergoek dalam sungai
itu tiada dihinggapi lumut
Maksud : Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar untuk mendapat kemajuan.
iv. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
Maksud : Selalu berhati-hati dalam membelanjakan/menggunakan sesuatu.
Jelas di sini, masyarakat
yang menggunakan peribahasa untuk menggalakkan sikap berjimat cermat adalah
terdiri daripada masyarakat yang berbudi bahasa kerana mereka menegur serta
menasihat orang lain dengan cara yang baik dan halus.
3.2 Berbudi bahasa
Kehidupan masyarakat Melayu
tradisional memang kaya dengan budi bicara dan adat tradisi. Sesuatu budi yang
telah diberikan secara jujur seperti melepaskan kesukaran orang lain, bantuan
dan kasih sayang dalam hidup berkeluarga dan berjiran akan senantiasa dikenang
dari hidup hingga ke akhir hayat. Masyarakat kita amat terkenal dengan sikap
suka membantu, saling menyayangi dan mudah melepaskan rasa simpati. Setiap
manusia amat mengharapkan suasana kehidupan yang penuh ketenangan dan kedamaian
yang bersulamkan kasih dan sayang. Oleh kerana dugaan dan cabaran seseorang itu
berbeza, maka cara kehidupan seseorang juga tidak sama kerana keperluan dan
kemahuan kita tidak serupa. Justeru amat perlu kita memahami dan mengerti,
hakikat perbezaan ini, agar mudah untuk kita menerima orang lain seadanya.
Berkasih sayang sesama manusia tiada salahnya, yang penting batasnya ada,
sempadannya usah dilupa.
Apabila perkataan budi dan bahasa
digabungkan biasanya ia menjadi berbudi bahasa bukan berbudi dan berbahasa.
Berbudi bahasa memperkukuhkan lagi pengertian budi dan bahasa sebagai
percakapan yang baik, teliti dan elok dalam tutur kata, halus tutur kata,
hormat, bijaksana, tinggi budi bicara, pemurah, belas kasihan, beradab,
bersopan santun, sentiasa bertatatertib, mengamalkan budi pekerti yang baik dan
mulia, tingkah laku yang baik dan akhlak yang mulia. Berbudi bahasa juga
diertikan dengan berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi. Hal ini
menjadikan budi itu amat luas bidangnya. Ia termasuk berbudi dengan harta,
membantu dengan tulang empat kerat, memberi nasihat, memberi buah fikiran yang
baik dan bernas, memberi tunjuk ajar kepada seseorang, bermanis muka,
bersimpati dan menggunakan bahasa yang baik yang menyenangkan orang lain atau
pendengar.
Disebabkan
luasnya bidang budi ini, semua orang boleh berbudi atau berjasa dan berbakti
kepada masyarakatnya mengikut kemampuan masing-masing. Jika seseorang itu tidak
mempunyai wang dan harta, dia boleh melakukannya dengan tenaga, buah fikiran,
dan nasihat yang disampaikan.
Lantaran, timbul peribahasa
i. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati
Maksudnya, jika tutur katanya elok, seseorang itu akan
disayang semasa ia hidup, jika budinya
banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati.
ii. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa
Maksudnya, berbuat baik semasa masih hidup untuk diri
sendiri dan masyarakat.
iii. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas
Maksudnya, sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan
mendapat balasan yang baik juga.
Budi berkait erat dengan jasa. Budi dan jasa lengkap
melengkapi antara satu sama lain. Budi adalah jasa dan jasa adalah budi. Tidak
mungkin seseorang dapat dianggap membuat jasa jika dia tidak berbudi. Setiap
anggota masyarakat ingin membuat jasa yang termampu olehnya kerana jasa serta
namanya akan sentiasa dikenang walaupun setelah dia meninggal dunia.
i. Hancur badan dikandung tanah, budi
baik terkenang juga
Maksudnya, budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan
orang walaupun sudah mati.
ii. Harimau mati tinggal belangnya
Gajah mati tinggal tulangnya
Manusia mati tinggalkan nama.
Maksudnya, seseorang yang telah
meninggal dunia tetapi kelakuannya masih diingati.
3.3 Amalan
Hormat- Menghormati
Dalam menuntut ilmu, sikap hormat
menghormati adalah sesuatu yang sangat dituntut. Kita bukan sahaja wajib hormat
kepada ibu-bapa,guru-guru malah kepada rakan-rakan sekolah. Saling
hormat-menghormati bermaksud kita bukan sahaja mengharapkan orang lain
menghormati kita, tetapi dalam masa yang sama kita perlu menghormati orang
lain. Kita perlu hormat pendapat orang lain walaupun pendapat itu tidak sama
dengan kita. Apabila kita saling hormat-menghormati, kita akan menjadi seronok
untuk belajar. Pelajaran mudah masuk ke dalam minda kita. Kita tidak berasa
takut apabila berada di sekolah. Penggunaan peribahasa untuk menyemai sikap
menghormati juga boleh disampaikan melalui pengajaran dan pembelajaran formal
atau tidak formal. Masyarakat Melayu yang terkenal dengan sikap
hormat-menghormati banyak digambarkan menerusi peribahasa. Amalan menghormati
orang yang lebih tua, orang miskin, guru-guru dan sebagainya telah dibentuk
sejak kecil lagi.
Peribahasa Melayu banyak
menggambarkan sikap hormat-menghormati yang perlu ada pada setiap orang. Orang
yang tidak menghormati orang lain akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat.
Manakala orang yang suka menghormati orang lain akan dipandang tinggi walaupun
orang itu seorang yang miskin dan tidak sempurna. Peribahasa Melayu sangat
penting untuk memastikan masyarakat tidak lupa untuk mengamalkan sikap
hormat-menghormati. Peribahasa tersebut adalah seperti,
i. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat
Maksud : Kata sepakat hanya akan diperolehi melalui perbincangan. oleh itu kita haruslah menghormati keputusan orang lain.
ii. Sampah jangan ditendang
disepak
Maksud : Jangan sekali menghina orang yang miskin kerana orang yang miskin itu mungkin lebih berakhlak daripada orang yang menghinanya.
4.0 KESIMPULAN
Peribahasa masyarakat Melayu tidak
boleh dipisahkan. Keunikan penggunaan peribahasa dalam pertuturan dan kehidupan
seharian akan menanamkan semangat cintakan bahasa Melayu dalam kalangan
masyarakat. Kekerapan penggunaan peribahasa juga akan menyebabkan ia tidak akan
pupus walaupun zaman beredar. Guru sekolah pula perlu menjadi ejen pendidikan
berkesan dalam memastikan sistem pembelajaran bahasa Melayu khususnya
peribahasa berfungsi dalam pembentukan jati diri pelajar. Penggunaan peribahasa
dalam karangan bertujuan untuk memperindah bahasa dan untuk menimbulkan daya
tarikan atau kesan-kesan lain. Karangan dan pertuturan akan lebih menarik jika
peribahasa adalah unsur gaya dalam pertuturan dan penulisan. Untuk menggunakan
peribahasa dengan baik, seseorang hendaklah betul-betul memahami peribahasa itu
dan mengetahui tempat dan ketikanya peribahasa itu diperlukan. Kesimpulannya,
peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu sangat bergantung pada daya
kreativiti seseorang guru. Seseorang guru yang kreatif melihat peribahasa
sebagai salah satu bahan pengajaran yang banyak mempunyai unsur-unsur
pengajaran, kemasyarakatan,kemahiran berfikir dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan